1tahun ago
PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Teten Masduki berkaitan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM, komited untuk menyediakan sehingga RM1.5 bilion dalam pembiayaan mampan menjelang 2027.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024 melonjak 24.4 peratus kepada RM545.21 juta daripada RM438.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jabatan Standard Malaysia (JSM) berjaya membangunkan piawaian Malaysian Standard (MS) 2781: 2023 - Logistics dataset - Guidelines for E-commerce Transactions and Last Mile Delivery untuk memastikan ekosistem pelaburan, perdagangan dan industri yang kondusif.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) -- Kluang bakal menjadi hab logistik bagi negeri Johor berikutan pembangunan beberapa projek infrastruktur di daerah itu seperti Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (Gemas-JB EDTP), pelebaran lebuh raya PLUS dan kerja menaik taraf jalan persekutuan.
1tahun ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
VIENTIANE, 24 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, di sini pada 26 hingga 27 September ini.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk memperkenalkan insentif atau kredit cukai dalam Belanjawan 2025 bagi menyokong industri bahan api penerbangan mampan (SAF) Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Syarikat baja khusus, Cropmate Bhd (Cropmate) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan dalam julat kecil dan mengakhiri dagangan dengan lebih rendah pada Isnin susulan fasa konsolidasi selepas mencatat aliran peningkatan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.
1tahun ago
BUTTERWORTH, 23 Sept (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd dijangka melebihi kapasiti pengendalian kontena sebanyak 1.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Sasedharan Vasudevan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 65 peratus ITMAX System Bhd (ITMAX System), Southmax Sdn Bhd (SSB) dilantik oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS) untuk mengendalikan 7,637 petak parkir pintar di sekitar daerah berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ekspo ASEAN-China 2024 di Nanning, China pada 24-28 September ini akan menyaksikan penyertaan 150 organisasi Malaysia yang diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysa (MATRADE).