BERITA TERKINI   Miskin tegar di Selangor telah dinoktahkan, perlu pemantauan berterusan untuk elak keciciran - PM Anwar |  Harga runcit diesel Semenanjung kekal, RON95 tanpa susbsidi dan RON97 masing-masing naik 10 dan 5 sen seliter bagi tempoh 30 April - 6 Mei - MOF | Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd menyediakan pendahuluan pemegang saham tambahan sebanyak RM202 juta kepada Digital Nasional Bhd | Piala Thomas: Jepun 1 Malaysia 0: Kodai Naraoka tewaskan Leong Jun Hao 21-11, 21-15 | 

Malaysia-Indonesia Bincang Kerjasama Dalam Pembangunan Koperasi, PMKS

PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Teten Masduki berkaitan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam kenyataan memaklumkan ia susulan pertemuan kedua-dua menteri berkenaan di Jakarta, Indonesia tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, Ewon percaya pertemuan berkenaan dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) sepertimana dipersetujui semasa mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME) ke-17 lepas.

-- BERNAMA