Terdapat 3555 berita berdasarkan kata kunci carian " susu"

Niaga Hadapan MSM Teruskan Aliran Rendah Susulan Permintaan Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurunnya hari ini berikutan permintaan lemah dari pasaran destinasi utama iaitu India, China dan Kesatuan Eropah.

Bursa Malaysia Akhiri Peningkatan Sesi Awal Untuk Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.  

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah, Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menunjukkan prestasi lemah di pasaran tunai.

Malaysia Terus Perkukuh Kedudukan Sebagai Destinasi Utama Pelaburan Asing - Fahmi

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.

Lima Pengarah Bebas Tidak Ditamatkan Perkhidmatan - MAHB

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Lima pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak ditamatkan perkhidmatannya, bertentangan dengan kenyataan oleh Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

U Mobile, CIMB Meterai MoU Biayai Pelancaran Rangkaian 5G Seterusnya

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CIMB Bank Bhd untuk melanjutkan sokongan pembiayaan bagi pelancaran rangkaian 5G yang akan datang.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot, didorong oleh laporan yang membayangkan pelaksanaan tarif secara berperingkat dan data yang menunjukkan penurunan inflasi borong AS yang tidak dijangka, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih rendah hari ini berikutan ketiadaan berita baharu yang menggerakkan pasaran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Bagi Hari Kedua Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini berikutan kekurangan minat belian. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan dalam pasaran tunai pendasar.

Ringgit Stabil Pada Paras 4.50 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup Selasa memandangkan peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengeluar AS lewat hari ini.