10bulan ago
Oleh Mohd Noor Iqram Rosli
KOTA BHARU, 6 Mac (Bernama) -- Sejajar usaha membasmi kemiskinan, Agrobank menerusi program Hijrah Asnaf membuka peluang kepada golongan asnaf dan B40 meningkatkan taraf hidup dengan menceburi bidang keusahawanan berkaitan industri asas tani serta produk hiliran berasaskan pertanian dan akuakultur.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- XOX Bhd melantik Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan yang baharu, menandakan era baharu pertumbuhan dan inovasi.
10bulan ago
LABUAN, 28 Feb (Bernama) -- Nawie Oilfield Services Sdn Bhd (NOS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Schlumberger Malaysia Sdn Bhd (SLB) untuk meningkatkan penyertaannya dalam industri minyak dan gas di Sabah.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Selepas berjaya menjana jualan RM654 juta tahun lepas, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 menyasar untuk mencapai jualan sekurang-kurangnya RM700 juta tahun ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Feb hingga 5 Mac ini.
10bulan ago
Oleh Mohd Haikal Mohd Isa
HANOI, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar kerjasama antara syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) di kawasan sempadan maritim kedua-dua negara dapat dimeterai Mei ini.
10bulan ago
Daripada Mohd Haikal Mohd Isa
HANOI, 26 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar kerjasama antara syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) di kawasan sempadan maritim kedua-dua negara dapat dimeterai Mei ini.
10bulan ago
Oleh Ahmad Erwan Othman dan Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, perlu menggalakkan penubuhan zon ekonomi rentas sempadan dalam kalangan negara anggota sebagai usaha meningkatkan potensi ekonomi negara jiran masing-masing.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menunggu butiran terperinci perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak mengenai skop kerjasama antara syarikat minyak nasional itu dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).
10bulan ago
KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Sabah hari ini mencatat sejarah dalam sektor pertanian apabila buat pertama kalinya berjaya mengeksport 15 tan Nanas MD2 hasil daripada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)-Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di sini hari ini.
10bulan ago
LABUAN, 25 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.