BERITA TERKINI   Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Petaling Jaya - KPN | Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Bandar Utama - KPN | Pegawai penguatkuasa JPJ pakai alat perakam badan (BWC) bermula November ini, perkukuh penguatkuasaan dan integriti - Loke | JPJ laksana operasi ‘Perang Lebih Muatan Melibatkan Kenderaan Perdagangan” 14 Okt - 31 Dis ini - Loke | Pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 dalam Belanjawan 2026 galak pelancongan domestik sempena TMM2026 - PM Anwar  | 

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Turun Lima Sen

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF memaklumkan penetapan kadar itu adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA