Terdapat 2892 berita berdasarkan kata kunci carian " peru"

Alliance Bank Sertai Sidang Kemuncak UNGC Di New York

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Bhd telah diiktiraf atas komitmennya untuk mempromosikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

IGEM 2024 Jana Potensi Perniagaan RM5 Bilion - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) edisi ke-15 telah menjana lebih RM5 bilion potensi perniagaan, satu pencapaian penting ke arah masa depan lebih hijau bagi Malaysia dan wilayah sekitarnya.

Ringgit Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, apabila data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran menyebabkan dolar AS mengalami penurunan.

Jualan Perdagangan Borong, Runcit Naik 4.7 Peratus Kepada RM149.2 Bilion Pada Ogos - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus tahun ke tahun dengan nilai jualan pada Ogos 2024 berjumlah RM149.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan.

Bursa Malaysia Pertimbang Kontrak Niaga Hadapan Baharu Bagi Minyak Masak Terpakai

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakui cadangan untuk memperkenalkan kontrak niaga hadapan baharu bagi minyak masak terpakai, sementara menunggu perundingan dengan industri dan kelulusan kawal selia.

Malaysia Gesa Kesimpulan Awal Bagi Semakan AITIGA - PM Anwar

Daripada Rosmalis Anuar

VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kesimpulan lebih awal terhadap semakan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA), ketika Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-21 di sini hari ini.

PM Anwar Gesa Kerjasama ASEAN-Australia Diperkukuh

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kerjasama antara negara anggota ASEAN dan Australia diperkukuhkan, terutama dalam bidang pembangunan modal insan.

Fokus Kerjasama Serantau Dalam Belanjawan Tingkat Kedudukan Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) percaya Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan yang kukuh terhadap kerjasama serantau, khususnya dalam bidang kewangan, kerangkuman kewangan dan perdagangan rentas sempadan.

Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.

Belanjawan 2025 Dijangka Sedia Asas Kepada Rancangan Malaysia Ke-13, Tangani Cabaran Kos Sara Hidup - MIER

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober, merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan dijangka menyediakan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) yang akan datang.

Top Glove Jangka Kembali Catat Keuntungan Menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan, Top Glove Corporation Bhd jangka akan mencatatkan keuntungan semula menjelang tahun kewangan 2025 selepas didorong oleh peningkatan jumlah jualan dan kadar penggunaan yang lebih baik.

MIDA Capai Hampir Separuh Sasaran Pelaburan RM2.5 Bilion Pada Hari Kedua IGEM 2024

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini mengumumkan pemeteraian tujuh memorandum persefahaman (MoU) dengan potensi pelaburan melebihi RM1 bilion dalam sektor hijau di acara Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau serta Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di sini.