1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasa bagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pembekal Malaysia mencatatkan potensi jualan sebanyak RM1.24 bilion semasa mesyuarat padanan perniagaan (BizMatch) bersama Forum Minyak Sawit Malaysia (MPOF) Kuala Lumpur 2024 yang diadakan pada 8 hingga 9 Oktober, 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selain mahu menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia juga telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sektor perindustrian Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan pada separuh kedua 2024, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan beransur-ansur dalam pasaran global, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan permohonan menyertai BRICS, antara strategi kerajaan untuk mengatasi kesan konflik geopolitik yang berpanjangan.
1tahun ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
DUBAI, 13 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menekankan kepentingan mendedahkan syarikat teknologi digital tempatan kepada amalan terbaik antarabangsa untuk membantu mereka berkembang melangkaui pasaran Malaysia, menarik pelaburan asing dan memupuk bakat (pekerja berkemahiran).
1tahun ago
IPOH, 13 Okt (Bernama) -- House of Mind Excellence (HOME) Terapi Matematik menyasar untuk membuka 500 cawangan di seluruh negara dan di Indonesia pada tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bakal menjadi tumpuan dunia pada akhir tahun ini dan mulai tahun depan, sekali gus membuka pelbagai peluang ekonomi yang besar kepada rakyat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
CHIBA, (Tokyo-Jepun) 12 Okt (Bernama) -- Pengenalan inisiatif 'Local To Global Retails Produk Usahawan Tempatan' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan memperkasakan produk Malaysia di pasaran antarabangsa.