BERITA TERKINI   12 MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN BAS-TRAILER DI GHANA | Malaysia, Pakistan komited perkukuh hubungan dua hala, keamanan serta kemakmuran sejagat - PM Anwar | Malaysia, Pakistan bincang langkah tegas hentikan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza, Lubnan- PM Anwar | Malaysia hargai peranan pengantaraan Pakistan dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat - PM Anwar | PM Anwar ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada PM Pakistan Shehbaz Sharif, harap persaudaraan terus kukuh | 

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia Bakal Jadi Tumpuan Dunia, Rancak Ekonomi Negara - Anwar

Pada akhir tahun ini dan sepanjang 2025, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat utama ASEAN dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, Eropah, India, Australia, dan New Zealand.

Pada Mei tahun depan, negara akan menganjurkan Persidangan ASEANGCC+China yang meliputi kesemua negara ASEAN, enam negara Teluk termasuk Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu serta China.

“Ini (sudah tentu) akan memberikan tumpuan dan perhatian (dunia kepada Malaysia), dan saya minta kerjasama (penuh dari semua pihak),” kata beliau sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

ASEANGCC+China merupakan persidangan yang pertama seumpamanya diadakan oleh blok 10 negara anggota itu yang mana sebelum ini hanya ASEAN+GCC sahaja.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut menegaskan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara, kecuali Israel dan tiada satu negara pun boleh mengarahkan Malaysia untuk bersikap berat sebelah.

"Itu pendirian kita kerana Malaysia mahu maju, berkawan dengan semua (negara), tetapi kita bebas. Negara ini (adalah) negara merdeka, bebas dan kita buat keputusan untuk berdagang dengan semua.

"Kita bersahabat dengan semua, tidak ada negara yang boleh arah kita,” kata beliau.

Anwar yang baru sahaja pulang daripada mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 baru-baru ini berkata kejayaan yang dikecapi Malaysia hari ini adalah hasil daripada perpaduan pelbagai kaum dan kerajaan yang kuat dan stabil.

-- BERNAMA