12hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Semico Capital Bhd mencatat kemunculan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga pembukaan 45 sen, sekali gus mencapai premium 80 peratus berbanding harga tawaran permulaan awam (IPO) pada 25 sen sesaham.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) - Affin Hwang Investment Bank Bhd menjalin kerjasama dengan Cboe Global Markets Inc untuk memperkenalkan VIX® Futures kepada pelabur tempatan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Selasa di tengah-tengah kebimbangan ketara pasaran terhadap kebebasan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang terus ditekan berkaitan pendirian dasar monetarinya.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pelaburan dalam baja amat penting bagi memastikan sektor minyak sawit di Malaysia dilindungi daripada hasil yang lebih rendah disebabkan oleh cabaran iklim.
13hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh jangkaan pertumbuhan output yang lebih suram dalam minggu-minggu akan datang.
13hari ago
KUALA LUMPUR, Jan 12 (Bernama) -- Favelle Favco Bhd merancang untuk mengambil alih Seram Industries SAS yang berpangkalan di Perancis dengan janji niaga bernilai sehingga RM47.45 juta.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka stabil pada 2026, dengan penggiat industri melancarkan projek dengan berhemat di samping pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Bandar MADANI dan rumah mampu milik yang semakin berkembang.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) membantu negara memenuhi keperluan kelestarian yang semakin dimasukkan ke dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA), menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
13hari ago
KUALA LUMPUR,12 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pada Bursa Komoditi New York (COMEX), apabila sentimen mengukuh di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat yang lebih lemah dan peningkatan kebimbangan mengenai kebebasan Rizab Persekutuan AS.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) dalam proses melantik jurutaksir bebas bagi melakukan penilaian menyeluruh membabitkan insiden letupan pemampat penyaman udara di kafeteria HELP University di Bukit Damansara, pagi tadi.
13hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila kebimbangan berhubung ura-ura pentadbiran bebas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah menjejaskan dolar Amerika.