3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu menyasarkan untuk muncul sebagai destinasi pelaburan tenaga bersih dengan memanfaatkan kerjasama awam-swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN bercita-cita tinggi untuk membina grid tenaga serantau yang terintegrasi sepenuhnya menjelang 2045 dan ia merupakan misi yang boleh dicapai, kata pakar utama tenaga Bank Dunia, Yussuf Uwamahoro.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan yang menyediakan rangka kerja menyeluruh untuk menetapkan hala tuju negara dalam perdagangan karbon.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah inisiatif grid kuasa ASEAN (APG) sedang mengukuhkan saling sambung rentas sempadan untuk memastikan bekalan elektrik mesra alam dapat dibekalkan ke seluruh rantau ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kumpulan Bank Dunia menerusi kerjasama dengan ASEAN, melancarkan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi menyokong pembangunan serta integrasi grid tenaga nasional di serata rantau ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengesahkan bahawa ia tidak akan membiayai mana-mana projek penjanaan tenaga nuklear di bawah dasar tenaga semasanya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Perjalanan ke arah peralihan tenaga dan tenaga boleh baharu (TBB) di rantau ASEAN bukan lagi sekadar aspirasi, malah satu keperluan yang kompetitif, kata Pengarah Urusan UEM Group Bhd Datuk Amran Hafiz Affifudin.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA), sebagai rakan kongsi pendukung Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025, menekankan kemajuan dan hala tuju Takaful ASEAN semasa sesi Sorotan ASEAN yang bertemakan "Mencarta Transformasi Takaful ASEAN - Daripada Kekuatan kepada Penanda Aras Global".
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN komited untuk mempercepat peralihan kepada tenaga bersih, meningkatkan jaminan tenaga dan memperluas kesalinghubungan untuk memacu matlamat tenaga serantau dan kerjasama, dengan memanfaatkan sumber yang dapat dikongsi dalam kalangan negara anggota untuk menerapkan kemakmuran bersama.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Southern Cable Group Bhd (Southern Cable) telah mencadangkan tawaran saham persendirian sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitannya untuk mengumpul sebanyak RM259 juta bagi membiayai pelan pengembangannya yang bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluarannya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini dengan prospek ekonomi Malaysia yang cerah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.