1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat yang sekali gus melonjakkan permintaan pelabur.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, mencerminkan prestasi bercampur-campur mata wang serantau, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan pada minggu lepas untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah walaupun prestasi lemah di Wall Street dan kebanyakan bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Penutupan pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di luar negara tidak menjejaskan usaha menangani kempen anti minyak sawit dan persepsi negatif terhadap komoditi tersebut di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin didagangkan secara berhati-hati minggu depan berikutan kenaikan dolar US baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat setelah pulih daripada penurunan yang dilihat sepanjang tiga hari lepas, kata Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varga.