BERITA TERKINI   Malaysia perlu amal pendekatan diplomasi bijak bagi hadapi ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik geopolitik dunia - PM Anwar | Program MADANI Rakyat 2026 Perak rekod 303,222 pengunjung, paling tinggi sejak program itu diadakan - Nga | Generasi muda perlu kuasai kemahiran, kepakaran bidang baharu bagi wujudkan lebih ramai pakar tempatan - PM Anwar | Kemudahan internet dan fasiliti NADI boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat BDR - Fahmi | Kerajaan luluskan RM500,000 untuk naik taraf masjid, sekolah dan keperluan asas di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat yang sekali gus melonjakkan permintaan pelabur.

Kontrak bulan semerta November 2024 meningkat kepada US$2,597.70 setiap auns troy daripada  US$2,572.30 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Manakala kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 kekal pada US$2,611.10 setiap auns troy berbanding US$2,585.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada satu lot daripada lapan lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 26 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Mengikut London Bullion Market Association pada 15 Nov, harga fizikal emas kekal pada US$2,571.80 setiap auns troy. 

 

-- BERNAMA