BERITA TERKINI   Satu Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM akan ditubuhkan - KSU | Piala Malaysia: JDT 5-0 Melaka | 

Terdapat 3558 berita berdasarkan kata kunci carian "perdagangan"

Malaysia Akan Labur US$250 Juta Dalam Dekad Akan Datang Melalui Kerjasama Strategik Dengan Arm Holdings

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia akan melabur US$250 juta (US$1= RM4.44) dalam dekad akan datang, memanfaatkan kepakaran Arm Holdings Plc untuk mewujudkan ekosistem baharu dalam industri kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor melalui kerjasama strategik antara kedua-duanya.

Rundingan DEFA Dimuktamadkan Akhir Tahun Ini - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Selepas Empat Hari Catat Penurunan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga murah tertentu dalam pasaran domestik.

MITI Sedang Tentukan Sama Ada Undang-undang Malaysia Dilanggar Dalam Isu Penghantaran Cip AI

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menentukan sama ada undang-undang Malaysia dilanggar berhubung dakwaan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) yang disekat oleh Amerika Syarikat (AS) dari Singapura ke Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, sejajar dengan prestasi minyak kacang soya yang lemah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

IPO Saliran Group Terlebih Langgan 76.03 Kali

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Saliran Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 13 Mac, telah terlebih langgan sebanyak 76.03 kali.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Terhadap Kenaikan Tarif AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perang perdagangan.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Ketika Prospek Bekalan Terhad

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun pokok getah luruh, kata peniaga.

Pengeluaran Gas Asli Malaysia Meningkat 3.0 Peratus Pada 2024 -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran Gas asli Malaysia meningkat tiga peratus kepada 2,948.8 bilion kaki padu pada 2024, pulih semula daripada penurunan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

ASEAN Akan Adakan Rundingan Perdagangan Dengan AS, GCC China -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki penurunan Wall Street semalaman disebabkan kebimbangan perang perdagangan semakin meningkat selepas Amerika Syarikat (AS) mengesahkan akan mengenakan tarif ke atas Mexico, Kanada dan China.

MITI Galak Industri Solar Tempatan Teroka Pasaran Alternatif

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pemain industri solar tempatan digalakkan untuk meneroka pasaran alternatif khususnya dalam ASEAN bagi mengurangkan pergantungan kepada Amerika Syarikat (AS), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).