Terdapat 532 berita berdasarkan kata kunci carian "miti"

Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN Akan Bentang Laporan Pada September - Liew

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN akan membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September, yang akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Agensi Malaysia, Firma Jepun Meterai Lima MoU Kemampanan Sektor Komoditi Di Ekspo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.

Malaysia Catat Potensi Pelaburan RM4.68 Bilion Dari Jepun Di Expo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mencatatkan potensi pelaburan bernilai RM4.68 bilion dari Jepun di Expo 2025 Osaka.

MIDA, UNGCMYB Bentuk Perkongsian Tingkatkan Penerapan ESG, Pelaburan Mampan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan UN Global Compact Network Malaysia and Brunei (UNGCMYB) menjalin perkongsian strategik untuk memacu era baharu pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab di Malaysia.

TPM Fadillah Akan Rasmi Pavilion Malaysia Di Expo 2025 Osaka

Daripada Karina Imran

OSAKA, 30 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual melakukan pembukaan rasmi Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, esok.

MITI Masih Belum Lantik Pengerusi Baharu HDC - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih belum melantik pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC) yang baharu selepas kontrak Khairul Azwan Harun tamat pada 17 Mei lepas.

MITI Kaji Cadangan Penggabungan HDC Dan MATRADE - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengkaji penggabungan Halal Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

AWES 2025 Angkat Peranan Wanita Pacu Pertumbuhan Inklusif ASEAN

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (AWES 2025) yang julung kali diadakan merupakan langkah penting untuk mencapai pertumbuhan ekonomi inklusif bagi memastikan setiap wanita di rantau ini memainkan peranan memacu kemajuan pada masa depan.

Eksport Halal Malaysia Ke Algeria Meningkat 24 Peratus kepada RM156.3 Juta pada 2024

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak sebanyak 24 peratus kepada RM156.3 juta pada 2024 dengan penghantaran termasuk makanan dan minuman, kosmetik, bahan disahkan halal dan derivatif minyak sawit.

MITI Akan Perkenal Insentif Baharu, Rangsang Industri Semikonduktor - Tengku Zafrul

SINGAPURA, 21 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menyediakan insentif bersasar yang bertujuan merancakkan lagi pertumbuhan industri semikonduktor tempatan, kata menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

EXIM Bank, NAICO Dan PWNE Jalin Kerjasama Strategik Aeroangkasa Di LIMA 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai kerjasama strategik dengan pihak Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO) dan PWN Excellence Sdn Bhd (PWNE) bagi meningkatkan inovasi, akses pembiayaan dan daya saing global sektor aeroangkasa negara ini.