6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Forum Pembangunan Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD) yang akan dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) pada 7 Ogos, 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dijangka menarik sehingga 500 peserta dari 10 negara ASEAN tahun ini.
6bulan ago
MOSCOW, 30 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mungkin menjadi tumpuan utama ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Asia Tengah dan Rusia, namun di sebaliknya, sekumpulan kecil diplomat dan penjawat awam Malaysia yang tidak kelihatan di hadapan umum, bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan semua yang dirancang berlangsung seperti dijadualkan.
7bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi baharu United Kingdom (UK) di Malaysia Ajay Sharma menjadikan usaha memperkukuh kerjasama dua hala sebagai keutamaan, dengan tumpuan khusus terhadap sektor semikonduktor yang berkembang pesat serta pembangunan reka bentuk cip bersepadu dan pembuatan termaju.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd (Powerwell), Powerwell International Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak pusat data bernilai RM8.3 juta daripada PT Duta Listrik Graha Prima.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Trovon Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Destini Bhd, telah memeterai dua perjanjian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih komponen kereta api elektrik bagi 58 set tren yang beroperasi untuk Laluan 1 (Sungai Buloh-Kajang) Transit Aliran Massa (MRT).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai pengawal selia autonomi tunggal bagi sektor penerbangan negara berkuat kuasa 1 Ogos, dijangka memudahkan proses kawal selia menerusi penyelarasan pengawasan di bawah satu entiti pentadbiran.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan penyertaan 400 syarikat tempatan untuk meneroka peluang eksport baharu menerusi Hari Eksport Sarawak 2025 yang berlangsung pada 2 hingga 3 Julai, 2025 di Kuching, Sarawak.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Binastra Corporation Bhd (Binastra) meraih perolehan hasil lebih tinggi sebanyak 43 peratus kepada RM256.8 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2026 berakhir pada 30 April, 2025, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ruang penjanaan hasil masih sempit dan peluasan cukai diperlukan demi memastikan kelanjutan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
7bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai model luar biasa kerjasama rentas sempadan yang menjadi penanda aras baharu untuk perkongsian ekonomi dua hala.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Wide Agro Ventures Sdn Bhd bekerjasama dengan Orec Co Ltd, sebuah syarikat beribu pejabat di Fukuoka, Jepun, untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran dan pusat pengedaran tercanggih di Taman Perindustrian Seri Iskandar, Perak dengan pelaburan awal RM30 juta.