BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 490 berita berdasarkan kata kunci carian " kepimpinan"

MATRADE Sokong Usaha Capai Potensi Perdagangan, Pelaburan Bernilai RM13 Bilion Di Ekspo Osaka

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyokong pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam mencapai potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 bilion di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.

Bioeconomy Corp Pacu Pertumbuhan Hijau Melalui Kerjasama Rentas Sempadan Di Ekspo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) sedang membangunkan ekosistem bersepadu yang merapatkan jurang antara inovasi dan kemampanan, memperkukuh ekonomi luar bandar dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan hijau.

Izzana Salleh Dilantik Sebagai Setiausaha Agung Baharu CPOPC

JAKARTA, 28 Mei (Bernama) -- Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) melantik Izzana Salleh sebagai setiausaha agung baharunya dan Dr Musdhalifah Machmud sebagai timbalan, bermula Jun 2025 hingga Mei 2028.

SAMENTA Gesa Kekal Dasar, Komited Perubahan Ekonomi Menjelang RMK-13 Dimuktamadkan

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk mengekalkan kesinambungan dasar dan komited terhadap pembaharuan ekonomi jangka panjang ketika Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) semakin hampir dimuktamadkan.

AI Dilihat Sebagai Pemacu Pertumbuhan Pada 2025 - WEF

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Tinjauan pertumbuhan ekonomi global tahun ini adalah pelbagai dan di bawah tekanan dengan prospek yang lemah di Amerika Utara, daya tahan di rantau Asia-Pasifik dan optimis tetapi berhati-hati di Eropah, menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF).

MITI Masih Belum Lantik Pengerusi Baharu HDC - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih belum melantik pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC) yang baharu selepas kontrak Khairul Azwan Harun tamat pada 17 Mei lepas.

Microsoft Lancar BINA AI Malaysia, Percepat Inovasi Teknologi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft hari ini mengumumkan pelancaran BINA AI Malaysia, satu inisiatif bertujuan menyokong fasa seterusnya dalam usaha mempercepat transformasi kecerdasan buatan (AI) negara ini.

Rafizi Ramli Letak Jawatan Menteri Ekonomi, Berkuat Kuasa 17 Jun 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun, 2025.

Dagangan Malaysia-China Cecah RM161.98 Bilion Dari Januari Hingga April 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah RM161.98 bilion (US$36.47 bilion) dari Januari hingga April 2025, dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).

MITI Kaji Cadangan Penggabungan HDC Dan MATRADE - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengkaji penggabungan Halal Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Kepimpinan Malaysia Di Bawah Anwar Ibrahim Perkukuh Kerjasama ASEAN - Nazir Razak

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan kekuatan unik dalam membawa pemimpin ASEAN bersama-sama untuk membincangkan dan menangani isu serantau secara kolaboratif.

AWES 2025 Angkat Peranan Wanita Pacu Pertumbuhan Inklusif ASEAN

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (AWES 2025) yang julung kali diadakan merupakan langkah penting untuk mencapai pertumbuhan ekonomi inklusif bagi memastikan setiap wanita di rantau ini memainkan peranan memacu kemajuan pada masa depan.