BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nanm Dinh FC 1-1 JDT | 

Terdapat 2918 berita berdasarkan kata kunci carian " pelan"

Bin Zayed International Komited Labur US$2 Bilion Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Konglomerat pelaburan global, Bin Zayed International Group of Companies (BZI) telah komited untuk melabur US$2 bilion (US$1=RM4.466) di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Icon Offshore Peroleh Empat Perjanjian Penting Untuk Pacu Pertumbuhan Dan Perluasan Portfolio

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Icon Offshore Bhd (Icon Offshore) telah menandatangani empat perjanjian jual beli saham (SSPA) bersyarat dengan pelbagai vendor untuk cadangan pengambilalihan.

MNRB Lantik Rudy Rodzila Sebagai Presiden Sementara Dan CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd melantik Datuk Rudy Rodzila Che Lamin sebagai Presiden Sementara dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 23 Nov, 2024.

Allianz Malaysia Catat Pendapatan Lebih Rendah Sebanyak RM187.17 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM183.18 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024, turun 7.4 peratus daripada RM197.86 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Solarvest Raih Kontrak EPCC Bernilai RM142 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd menerima surat pelantikan bersyarat untuk kontrak melibatkan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada SM01 Sdn Bhd bernilai RM142 juta.

Cradle, KLDX Bekerjasama Perkenal Pembiayaan Alternatif Untuk Pemula Niaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Agensi ekosistem pemula niaga Malaysia Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kapital DX Sdn Bhd (KLDX), bursa sekuriti digital Malaysia untuk menyediakan saluran pembiayaan alternatif kepada pemula niaga Malaysia.

Untung Bersih Suku Ketiga Affin Bank Meningkat Kepada RM145.82 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM145.82 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding keuntungan bersih RM100.45 juta pada suku sama tahun kewangan 2023.

Lebih 90 Peratus Usahawan belum Manfaatkan E-invois - Pakar 

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.

Pulau Pinang Sambut Ketibaan Penerbangan Terus Pertama HK Express Dari Hong Kong

GEORGE TOWN, 22 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang menyambut ketibaan penerbangan terus yang pertama Hong Kong Express (HK Express) dari Hong Kong pada Jumaat, sekali gus menandakan satu pencapaian dalam pembangunan pelancongan negeri.

CKD Corp Lancar Kilang Pembuatan Lanjutan Termaju Di Kulim Hi-Tech

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- CKD Corporation hari ini melancarkan pembinaan fasiliti pembuatan tercanggihnya di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, menandakan peristiwa penting dalam pembangunan perindustrian Malaysia.

Bank Islam Lancar Platform Perbankan Digital Baharu

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) hari ini memperkenalkan platform perbankan digital baharu iaitu aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile dan BIMB Web.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Pada Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata  penganalisis.