BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | KPM tidak anggap kes tikam pelajar dan salah laku seksual sebagai kes terpencil - KP | 

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Pada Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata  penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4610/4650 berbanding unit negara maju daripada 4.4685/4740 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) menyusut 0.05 peratus kepada 106.629, justeru menunjukkan bahawa reaksi positif terhadap perdagangan Donald Trump dilihat agak reda.

“Bagaimanapun, peserta pasaran masih berhati-hati, terutamanya mengenai peningkatan konflik akibat perang di Ukraine baru-baru ini.

“Tempoh menunggu pelantikan (Trump) pada 20 Jan 2025 dilihat agak lama, dan perlu ditekankan bahawa antara janji utama pilihan raya daripada presiden terpilih Trump ini adalah untuk segera menamatkan perang di Ukraine,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata permintaan terhadap dolar AS dijangka kekal meningkat berikutan peniaga mahukan perlindungan daripada risiko geopolitik.

Ringgit didagangkan lebih tinggi hari ini berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6342/6393 daripada 5.6620/6690 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 4.6907/6949 daripada 4.7178/7236 semalam.

Bagaimanapun, ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.8892/8920 daripada 2.8696/8733 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut diniagakan lebih tinggi daripada mata wang ASEAN.

Ringgit lebih tinggi daripada rupiah Indonesia kepada 279.9/280.4 daripada 281.5/282.0 semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3189/3222 daripada 3.3290/3333 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.57 daripada 7.58/7.59 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah daripada baht Thailand kepada 12.8748/8923 daripada 12.8679/8889 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA