1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan sentimen terus berhati-hati disebabkan ketegangan di Timur Tengah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika pada Jumaat mendapat sokongan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis dipengaruhi prestasi dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pertama Digital Bhd hari ini memberi jaminan kepada para pemegang sahamnya bahawa syarikat itu kekal kukuh dan berada dalam kedudukan untuk mencatat pertumbuhan walaupun harga sahamnya susut mendadak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia Tenggara bagi 2024 kepada 4.2 peratus, susut daripada 4.4 peratus pada Julai, berikutan semakan semula unjuran pertumbuhan China dan Vietnam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur sepanjang tempoh tidak menentu yang ketara dalam pasaran kewangan global pada suku kedua dan ketiga tahun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- OCBC Global Market Research menjangka Malaysia akan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan menjangka kerajaan menyasarkan defisit lebih kecil antara 3.5 dan 3.8 peratus pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun sebanyak 1.9 peratus pada 2023 berbanding 7.8 peratus pada 2022, disebabkan terutamanya oleh penguncupan dalam sektor pertanian, perhutanan perikanan (-13.8 peratus).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu susulan peningkatan ketegangan di Timur Tengah, kata seorang peniaga.