BERITA TERKINI   Majlis Tingkatan Enam akan diperkenal menjelang Okt depan sebagai platform suara pelajar prauniversiti – Fadhlina | Pelajar terbaik STPM tahun ini akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam dalam bidang pendidikan - Fadhlina | PRN Sabah: BN tanding guna lambang Dacing tetapi terbuka kerjasama parti lain - Ahmad Zahid | Kadar inflasi Malaysia sebanyak 1.2 peratus pada Mei 2025, paras terendah dalam tempoh 51 bulan - DOSM | Seramai 53 calon STPM 2024 dapat 5A, meningkat berbanding 41 pada 2023 - Pengerusi MPM | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Dolar AS Mengukuh

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis dipengaruhi prestasi dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh.

Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta baharu Oktober 2024 susut kepada US$2,655.80 setiap auns troy daripada US$2,667.50 setiap auns troy pada Rabu dan November 2024 merosot kepada US$2,677.10 setiap auns troy daripada US$2,688.80 setiap auns troy semalam.

Manakala kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,677.60 setiap auns troy daripada US$2,688.80 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada tiga lot daripada 14 lot manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 20 kontrak daripada 46 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2660.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA