5bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun pada minggu depan disebabkan jangkaan permintaan yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
5bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Dalam tempoh lima hari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai banyak kejayaan melebihi apa yang menjadi aspirasi ramai pemimpin dalam bidang politik antarabangsa dan perdagangan global.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) – Peranan Malaysia sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand menyumbang secara positif kepada rundingan timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bahawa Amerika Syarikat (AS) telah meminta akses eksklusif kepada produk nadir bumi dari Malaysia.
5bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, dengan tidak meneruskan penyusutan terdahulu berikutan aktiviti belian semasa harga rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Produk halal yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) masih perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada 19 peratus yang dikenakan ke atas import Malaysia, walaupun tidak setinggi yang diharapkan, masih memberi kelegaan berikutan tekanan kenaikan kos yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya yang terlibat dalam sektor pembuatan, perabot, tekstil dan eksport makanan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan kekal tegas dalam perkara berkaitan dasar dalam sistem kewangan, perolehan kerajaan dan kepentingan Bumiputera semasa rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif timbal balik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Eksport semikonduktor dan farmaseutikal Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dikecualikan daripada tarif 19 peratus dikenakan oleh Washington setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan daya saing kos keseluruhan produk yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran AS, serta menunjukkan isyarat penting hubungan perdagangan dua hala yang semakin kukuh.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin depan berhubung keputusan terbaharu Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif timbal balik ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).