BERITA TERKINI   MCMC akan laksana segera saranan Perdana Menteri untuk perkukuh keselamatan data negara melalui Sovereign AI Cloud - Fahmi | KPM sedia sokongan emosi kepada remaja perempuan disyaki mangsa salah laku seksual - Fadhlina | Media diingatkan lapor kes salah laku seksual pelajar di Melaka secara beretika tanpa dedah identiti mangsa - MCMC | 

Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import AS - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Produk halal yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) masih perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Perkara yang telah kita persetujui dengan AS adalah bagi memudahkan proses mengimport produk halal ke Malaysia, tetapi tidak berkompromi dengan piawaian halal," katanya pada sidang media di sini hari ini.

AS telah mengumumkan pengurangan kadar tarif ke atas eksport Malaysia ke negara itu kepada 19 peratus daripada 25 peratus sebelum ini.

 Tengku Zafrul menyangkal dakwaan bahawa Malaysia berkompromi dalam aspek keperluan halal, sambil menekankan bahawa kerajaan tetap tegas dalam isu berkenaan.

“Kerajaan tidak akan berubah daripada pendirian kami dalam isu ini. Oleh itu, kami berharap tiada pihak yang memberikan tanggapan yang mengelirukan,” katanya.

-- BERNAMA