Terdapat 394 berita berdasarkan kata kunci carian "opr"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini.

Saham Utiliti, Pengguna Pacu Bursa Malaysia Catat Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi kukuh pada Khamis apabila sentimen positif terus kekal di pasaran tempatan, disokong oleh kenaikan saham utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Langkah Sokongan Fiskal Terkini Beri Impak Positif Kepada Sektor Pengguna - CIMB Securities  

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah-langkah sokongan fiskal terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengukuhkan sektor pengguna di Malaysia dengan menggalakkan perbelanjaan dalam tempoh jangka pendek terutamanya bagi barangan keperluan dan runcit berasaskan nilai, menurut CIMB Securities Sdn Bhd. 

Langkah Fiskal Baharu Kerajaan Tumpu Kebimbangan Rakyat - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumumkan kerajaan semalam dilihat sebagai langkah positif untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat iaitu kenaikan kos sara hidup.

Penganalisis Unjur Kadar Inflasi Malaysia 2.0-2.2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Firma Penyelidikan Turunkan Unjuran Inflasi Kepada 1.5-1.8 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Firma penyelidikan menyemak semula unjuran inflasi utama Malaysia bagi 2025 dengan menurunkannya kepada 1.5 peratus hingga 1.8 peratus.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.

CLMT Optimis Prospek Separuh Kedua, Namun Berhati-hati Impak SST, Tarif Tenaga Baharu

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2025, disokong oleh pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

Penurunan OPR Rangsang Permintaan Sederhana Dalam Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.

Anggaran KDNK Suku Kedua Pada 4.5 Peratus, Atasi Unjuran, Pamer Daya Tahan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Anggaran awal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku kedua 2025 mengatasi kebanyakan unjuran penganalisis yang sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negara.

Ringgit Ditutup Tinggi, Didorong Unjuran KDNK Lebih Baik Daripada Jangkaan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit pulih daripada penurunan baru-baru ini untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong oleh unjuran pertumbuhan suku kedua 2025 Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan.

AmBank Group Unjur KDNK Malaysia Pada Empat Peratus Bagi Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group)  menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh sederhana kira-kira empat peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2025, dengan disokong oleh aktiviti ekonomi yang dilaksanakan lebih awal, sekali gus memberi manfaat kepada sektor luar.