1hari ago
SINGAPURA, 8 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan pemulihan berperingkat industri penerbangan dalam tempoh beberapa bulan, khususnya di rantau Teluk susulan perkembangan terkini konflik di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, seiring dengan pasaran serantau, didorong sentimen yang bertambah baik susulan perjanjian gencatan selama dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran.
1hari ago
PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) -- Malaysia dan Australia komited memperkukuh kepimpinan dan penglibatan wanita dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) khususnya bioteknologi, sekali gus membangunkan ekosistem inovasi negara yang lebih inklusif serta berdaya saing.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menawarkan bantuan kewangan bersasar bagi menyokong pelanggan yang berdepan tekanan kewangan sementara susulan ketidaktentuan global, termasuk perkembangan terkini di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pandangan positif terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan sektor swasta yang kekal kukuh serta pelaksanaan projek awam yang semakin rancak.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Maybank kekal bersedia menyokong pelanggan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa dengan bantuan kewangan yang tersedia serta boleh diakses melalui pelbagai saluran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meneliti langkah mempelbagaikan sumber input bahan api, memperkukuh kerjasama dengan negara dagang utama serta memastikan keterjaminan bekalan negara dalam mendepani krisis tenaga global.
2hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) menggesa kerajaan untuk mencontohi langkah proaktif yang diumumkan negara ASEAN lain dan mempercepat pelaksanaan penggunaan campuran biodiesel yang tinggi di seluruh negara melalui program biodiesel nasional bagi sektor pengangkutan dan perindustrian.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memilih lima syarikat Malaysia iaitu Binastra Corporation Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd, Kelington Group Bhd, LAC Med Bhd dan MR DIY Group (M) Bhd sebagai “Diamonds in the Rough” atau pilihan utama pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi 2026.
2hari ago
LABUAN, 7 April (Bernama) -- Pelabuhan Labuan terus memainkan peranan strategik sebagai hab sokongan industri, khususnya untuk sektor minyak dan gas, dengan kira-kira 70 peratus aktiviti kargonya terkait dengan industri itu.