1bulan ago
LABUAN, 31 Mac (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) berada pada kedudukan yang baik untuk melengkapkan ekosistem kewangan Malaysia yang lebih luas dan mengukuhkan daya tarikan global negara, kata Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Affendi Rashdi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Nisbah jumlah modal sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada 18.1 peratus daripada jumlah aset berwajaran risiko berbanding 18.2 peratus pada Jun 2025, dengan lebihan penampan modal berjumlah RM139.3 bilion daripada RM138.9 bilion sebelumnya, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd telah mengumumkan terbitan sukuk berjumlah RM80.0 juta dalam nilai nominal berdasarkan program sukuk wakalahnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- George Kent (Malaysia) Bhd memaklumkan kejayaan melakukan penebusan sukuknya yang berjumlah RM132.0 juta dan diterbitkan di bawah Program Sukuk Wakalah.
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Permintaan ketara serta penerimaan meluas terhadap produk kewangan patuh Syariah, akan terus mengembangkan perbankan Islam di Malaysia walaupun berdepan saingan sengit daripada sektor konvensional, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) telah memperkenalkan rangka kerja kewangan Islam mampan pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen pembiayaan biru (blue finance), dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bertindak sebagai penasihat penstrukturan kemampanan tunggal.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- PMB Investment Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 8.88 sen seunit bagi PMB Shariah Growth Fund untuk tahun kewangan berakhir 28 Feb 2026, dengan jumlah pengagihan kasar berjumlah RM10,593,976.21.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB), anak syarikat penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan sukuk wakalah kelestarian dengan nilai nominal RM1.5 bilion sebagai susulan kepada program sukuk wakalah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambut baik pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 (CMP), menyifatkan sasaran untuk mengembangkan pasaran modal negara kepada RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion menjelang 2030 sebagai “tepat pada masanya”.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Velesto Energy Bhd memulakan langkah penubuhan program Sukuk Wakalah dengan had gabungan sehingga RM1.0 bilion dengan mengemukakan dokumen diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 berbeza daripada pelan terdahulu dari segi skop dan penilaian semula berikutan perubahan pesat yang didorong oleh kepantasan pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) serta jangkaan pelabur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).