1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Majlis Perniagaan Indonesia (IBC) dan Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC) yang baru ditubuhkan, memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama penyelidikan serta dialog dasar untuk manfaat rantau berkenaan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Syarikat tempatan Malaysia mempunyai kepakaran kecerdasan buatan (AI) yang kompetitif dan perlu diberi keutamaan untuk melaksanakan projek berkaitan teknologi berkenaan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
1hari ago
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2026 antara dua hingga empat peratus berbanding sasaran sebelumnya iaitu satu hingga tiga peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia sedang berunding terma-terma yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MOU) berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mengharmonikan terma-terma berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia kekal optimis bahawa 2026 akan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan dalam sektor sawit global, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, menjejaki peningkatan pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bank pelaburan kekal positif terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia pada 2026, dengan menyifatkan permintaan domestik yang berdaya tahan, ketidakpastian tarif yang semakin berkurangan dan aktiviti pelaburan yang stabil sebagai faktor utama yang menyokong pertumbuhan.
2hari ago
KUANTAN, 10 Feb (Bernama) -- Kilang Bio Eneco Sdn Bhd yang baru beroperasi di Gebeng di sini mampu memproses sehingga 20,000 tan hasil sisa kelapa sawit sebulan dengan hasilnya disasarkan untuk dieksport ke Jepun, Thailand dan Filipina.
2hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau,” kata seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Prospek bagi sistem perbankan Malaysia yang diberi penarafan A3, kekal stabil didorong oleh pertumbuhan serta asas-asas ekonomi yang kukuh, demikian menurut Moody’s Ratings.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Sektor pelabuhan, logistik dan amanah pelaburan hartanah (REIT) antara sektor yang dijangka mencatat prestasi lebih kukuh pada suku keempat 2025 berikutan asas ekonomi Malaysia yang kekal mampan serta peningkatan keyakinan pelabur, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).