Terdapat 1205 berita berdasarkan kata kunci carian "maybank"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Ambil Langkah Defensif

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.

Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Isnin, apabila tekanan jualan merebak merentas saham wajaran tinggi indeks utama susulan sentimen pelabur serantau yang berhati-hati serta minat risiko global yang hambar.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari apabila sentimen pelabur lemah dalam persekitaran ketiadaan perjanjian yang konkrit dan pencapaian dasar antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Presiden AS Donald Trump ke China.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Positif

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan dan berkembang sebanyak 5.4 peratus, mengatasi anggaran awal 5.3 peratus.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.

Bursa Tinggi Dalam Dagangan Awal, Rendah Kemudiannya

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat tetapi rendah kemudiannya walaupun prestasi semalaman Wall Street positif berikutan pelabur mengambil keuntungan dan berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Susut Sedikit Susulan Prestasi Saham Perbankan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil pada akhir dagangan Khamis, diheret turun oleh prestasi saham-saham perbankan susulan tindakan pelabur mengambil untung masing-masing berikutan peningkatan sebelum ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Modal Kecil

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian bagi saham bermodal kecil ketika beberapa kaunter wajaran tinggi diasak aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pelabur Kekal Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aktiviti dagangan yang suram, dengan peserta pasaran terus menilai persekitaran makroekonomi dan geopolitik secara keseluruhan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Ketika Kurangnya Pemangkin Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal pada Rabu dalam keadaan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, dengan aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku hari ini.