BERITA TERKINI   Sektor pembinaan berkembang 8.5 peratus kepada RM46.5 bilion pada suku pertama 2026 - DOSM | Pasaran penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih Malaysia di landasan tepat bagi capai sasaran perolehan RM55 bilion menjelang akhir 2030 - Sim Tze Tzin | Tiada anggota ATM cedera dalam insiden letupan dron berhampiran Markas UNIFIL di Lubnan - Mohamed Khaled | 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Ketika Kurangnya Pemangkin Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal pada Rabu dalam keadaan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, dengan aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku hari ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 0.20 mata kepada 1,750.36 daripada 1,750.56 ketika ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran dibuka mengukuh 0.10 mata kepada 1,750.66.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 232 berbanding 169 manakala 334 kaunter tidak berubah, 1,940 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 314.91 juta saham bernilai RM135.20 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun Wall Street menyusut berikutan data indeks harga pengguna yang lebih tinggi berbanding jangkaan, pasaran akan memberi tumpuan kepada lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke China.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengeluarkan amaran kepada negara-negara di dunia untuk bersedia berdepan wabak hantavirus.

Sehubungan itu, Malacca Securities menjangkakan sentimen pasaran akan terus positif terhadap pengeluar sarung tangan dalam masa terdekat.

“Peniaga boleh memantau penurunan harga sementara sebelum membeli dan menambah pegangan saham,” menurut firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan.

Pada pembukaan dagangan, saham wajaran tinggi Maybank susut dua sen kepada RM11.22, Tenaga Nasional rendah enam sen kepada RM14.72, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.85, CIMB menokok empat sen kepada RM7.94 dan IHH Healthcare naik dua sen kepada RM9.05.

Antara saham paling aktif, GIIB meningkat lima sen kepada 25.5 sen, Kronologi dan Genetec masing-masing menambah satu sen kepada 14 sen dan 37 sen. VS Industry naik setengah sen kepada 21.5 manakala Oppstar tidak berubah pada 80.5 sen.

Antara kaunter paling untung, DKSH menambah 15 sen kepada RM5.84, Sunway Construction dan Fraser & Neave masing-masing meningkat 10 sen kepada RM7.20 dan RM30.0. Petron meningkat lapan sen kepada RM4.50.

Bagi saham paling rugi, BLD Plantations rendah 34 sen kepada RM14.66, Hong Leong Industries susut 18 sen kepada RM19.12, Malaysian Pacific menyusut 10 sen kepada RM42.16, Telekom Malaysia berkurangan tujuh sen kepada RM7.62 dan United Plantations rendah enam sen kepada RM30.24.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 7.35 mata kepada 12,947.02, Indeks FBM Top 100 merosot 9.18 mata kepada 12,785.49, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 9.70 mata kepada 12,864.60, dan Indeks FBM ACE susut 10.03 mata kepada 4,718.25 manakala Indeks FBM Mid 70 berkurangan 46.58 mata kepada 18,486.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.58 mata kepada 20,315.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.12 mata kepada 198.79, Indeks Tenaga menokok 0.17 mata kepada 807.99 dan Indeks Perladangan menambah 0.72 mata kepada 8,798.78.

-- BERNAMA