10hari ago
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal kesan terhadap kos sara hidup serta memastikan ekonomi domestik terus berfungsi dengan baik susulan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global.
10hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah dalam persekitaran ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berterusan, manakala harga minyak mentah kekal tinggi.
10hari ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai tahap daya tahan struktur terhadap kejutan luaran yang timbul akibat konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
10hari ago
Oleh Saraswathi Muniappan
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kemelut terbaharu yang menyelubungi perdagangan global susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
10hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi meneliti perkembangan serta impak ekonomi semasa susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran mula diaktifkan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
10hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga dan Kesan Konflik Asia Barat hari ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Rabu, didorong pemulihan sentimen pasaran susulan laporan pelepasan stok simpanan minyak bagi meredakan lonjakan harga tenaga global, kata penganalisis.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kesan konflik Amerika Syarikat (AS)–Iran terhadap ekonomi negara susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
11hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang dilancarkan pada Isnin merupakan rangka tindakan yang positif dan tepat pada masanya yang bertujuan mempertingkatkan pasaran modal Malaysia, kata ahli ekonomi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menyelesaikan masalah yang wujud sekiranya berlaku gangguan terhadap logistik dan penghantaran barangan susulan konflik Asia Barat, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Disiplin kewangan isi rumah adalah sama pentingnya dengan daya tahan ekonomi negara, terutamanya dalam situasi ketidakpastian global yang boleh menjejaskan harga, pendapatan dan kestabilan kewangan secara keseluruhan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambut baik pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 (CMP), menyifatkan sasaran untuk mengembangkan pasaran modal negara kepada RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion menjelang 2030 sebagai “tepat pada masanya”.