BERITA TERKINI   ACLE: Sanfrecce Hiroshima 1-0 JDT. JDT mara ke suku akhir secara agregat 3-2 | Penerima bantuan tunai BUDI Diesel dinaikkan kepada RM300 sebulan bagi tempoh interim - Kementerian Kewangan | Kerajaan MADANI kekalkan harga RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter walaupun harga pam petrol RON95, diesel meningkat - Kementerian Kewangan | Isu saham Azam Baki : Jemaah Menteri terima hasil laporan siasatan Peguam Negara hari ini, tindakan lanjut diambil KSN - Fahmi | Isu 3R : Tindakan tegas perlu segera diambil, kaji pindaan undang-undang jika perlu - Fahmi | 

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kesan Konflik AS–Iran, Bekalan Minyak Negara Terkawal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kesan konflik Amerika Syarikat (AS)–Iran terhadap ekonomi negara susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang akan membuat penilaian bersama Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan menteri lain yang berkaitan.

“Jawatankuasa tersebut akan menilai isu berkaitan impak ekonomi pada setiap hari supaya dapat dimaklumkan kepada pimpinan kerajaan,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan pada sidang media khas di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan minyak di Malaysia adalah terkawal walaupun konflik di rantau itu berpotensi menjejaskan pasaran tenaga global.

“Bekalan produk petroleum di negara ini mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.

“Kerajaan juga sentiasa memantau perkembangan semasa dan berikhtiar melindungi kepentingan rakyat Malaysia, menjamin kestabilan ekonomi negara dan menyokong segala usaha ke arah keamanan serta penyelesaian diplomatik terhadap konflik yang berlaku,” kata beliau.

-- BERNAMA