Terdapat 254 berita berdasarkan kata kunci carian " technology"

Awantec Kekal Untung Pada Suku Pertama, Komited Memajukan Inisiatif AI Dan Transformasi Digital

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, disokong oleh sumbangan berterusan operasi teras kumpulan dan pengembangan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) kepada pelanggan utama.

Ningbo Fresh Technology Tingkat Pelaburan Di Tanjong Malim Bernilai RM263 Juta

IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Ningbo Fresh Technology Co. Ltd dari Shanghai bakal meningkatkan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Ambil Langkah Defensif

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.

Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengukuh sedikit pada tengah hari berikutan pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Taiwan Sasar Kerjasama Lebih Erat Dengan Malaysia Dalam Rantaian Bekalan Berteknologi Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan sedang berusaha untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam rantaian bekalan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI).

Kerajaan Serah Tawaran Di Bawah Kerjasama Strategik Dengan Arm Limited Kepada Tiga Syarikat Tempatan - Akmal

PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan menyerahkan tawaran di bawah kerjasama strategik antara kerajaan Malaysia dan Arm Limited kepada tiga syarikat tempatan sebagai langkah penting untuk memperkukuh keupayaan negara dalam reka bentuk litar bersepadu (IC).

Malaysia Sasar Bangunkan Pembungkusan Termaju Semikonduktor Dua Tahun Lagi - Chang

BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk membangunkan keupayaan sendiri dalam industri pembungkusan termaju semikonduktor dalam tempoh dua tahun lagi menerusi penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

Sektor Agrikomoditi Pada Fasa Transformasi Kritikal - Noraini

KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Sektor agrikomoditi negara kini memasuki fasa transformasi kritikal dengan peralihan ke arah penggunaan teknologi moden, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Genting Malaysia, AGIBOT Meterai MoU Perkasa Robotik AI Dalam Sektor Hospitaliti Dan Hiburan

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.

Zetrix, CAICT Perkenal Lapisan Kepercayaan AI Blockchain Ekosistem AI Agentik

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Zetrix AI Bhd dan China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu protokol kepercayaan berasaskan blockchain untuk ejen kecerdasan buatan (AI), yang disifatkan sebagai infrastruktur penting bagi menyokong ‘ekonomi agentik’ yang sedang berkembang.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Rancangan AS Sekat Selat Hormuz

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran serantau yang hambar apabila rundingan Iran-Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa penyelesaian, seterusnya mendorong Washington meneruskan rancangan sekatan terhadap Selat Hormuz.