BERITA TERKINI   Kejayaan Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat - PM Anwar | Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 berlaku di Bukit Kepong, Pagoh pada 8.55 pagi ini - MetMalaysia | 

Terdapat 88 berita berdasarkan kata kunci carian " tarikh akhir"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan dalam pasaran serantau kerana pelabur kekal di luar pasaran menjelang kemas kini berkaitan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Malaysia.

Aktiviti Belian Saat Akhir Dorong Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Intra Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu disebabkan aktiviti pembelian saat-saat akhir dalam beberapa saham utama yang diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan kewangan.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 30 Julai  (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini di tengah -tengah trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau. 

IMF Naik Taraf Jangkaan Pertumbuhan Global Dalam Unjuran Terbaharu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh trend menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Sentimen Waspada Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, apabila para pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street.

Pasaran Getah Diniagakan Berhati-hati Tetapi Cenderung Menaik Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu hadapan tetapi cenderung untuk naik berikutan pelbagai ketidakpastian dan ketidakstabilan dalam pasaran. 

Ketidaktentuan Tarif Pengaruhi Bursa Malaysia Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.

Malaysia Sedang Giat Berunding Dengan AS, Sasar Tarif Bawah 20 Peratus – Tengku Zafrul

PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.