BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Jakarta untuk rundingan tahunan bersama Prabowo | Penghargaan ikhlas kepada Perdana Menteri Anwar, Kerajaan China dan Presiden Trump di atas keprihatinan dan pandangan bernas anda.- Pemangku PM Thailand | Penyelesaian yang diumumkan akan menetapkan satu keadaan untuk bergerak ke hadapan, dan sebagai sebuah asas untuk mengendurkan ketegangan di masa hadapan. - PM Kemboja | Hun Manet berterima kasih kepada PM Anwar kerana menjadi tuan rumah kepada "mesyuarat penting ini dan tepat pada masanya", selain daripada inisiatif peribadinya untuk mengantara gencatan senjata serta-merta. | Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama, bersetuju dengan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat berkuat kuasa dari pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai, 2025. - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.46 mata kepada 1,538.22 daripada 1,533.76 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.29 mata kepada 1,538.05 dan berada antara 1,531.28 dan 1,539.38 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, sentimen pasaran secara keseluruhannya lemah, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 396 berbanding 416 manakala 459 kaunter tidak berubah, 1,281 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.78 bilion unit bernilai RM992.39 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata pelabur dijangka melakukan urus niaga dengan berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan tarikh akhir tarif pada 1 Ogos.

Katanya AS dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju dengan perjanjian yang akan menyaksikan blok itu dikenakan tarif sebanyak 15 peratus ke atas kebanyakan eksportnya, mengelak perang perdagangan yang boleh memberi tamparan hebat kepada ekonomi global.

“Selain itu, pendekatan berhati-hati mungkin akan terus menguasai pasaran berikutan jangkaan musim pelaporan pendapatan di AS yang lemah pada Ogos serta prestasi FBM KLCI secara bermusim yang kurang memberangsangkan.

“Faktor dalaman seperti rasionalisasi subsidi dan potensi peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga boleh menjejaskan sentimen pengguna dan unjuran pendapatan yang lebih jelas.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,518 dan 1,551 minggu ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB, masing-masing naik lapan sen kepada RM9.62 dan RM6.83, Press Metal Aluminium meningkat sembilan sen kepada RM5.43 manakala Tenaga Nasional berkurangan 10 sen kepada RM13.50 dan Hong Leong Bank merosot 12 sen kepada RM19.24.

Bagi saham aktif, Tanco menambah satu sen kepada 92.5 sen, NexG dan Sapura Energy, masing-masing naik setengah sen kepada 53 sen dan empat sen, Ekovest meningkat tiga sen kepada 43 sen dan YTL Corporation menokok lima sen kepada RM2.53.

Antara kaunter paling untung,  Nestle naik RM1.88 kepada RM87.38, SAM Engineering dan Equipment, masing-masing meningkat 14 sen kepada RM4.21 dan Allianz Malaysia menambah 12 sen kepada 69 sen.

Kaunter paling rugi ialah United Plantations merosot 28 sen kepada RM21.94 dan Petronas Dagangan berkurangan 20 sen kepada RM21.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 33.02 mata kepada 11,539.84, Indeks FBMT 100 meningkat 30.36 mata kepada 11,300.08 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 15.77 mata kepada 11,544.75.

Indeks FBM 70 naik 34.19 mata kepada 16,641.76 dan Indeks FBM ACE meningkat 10.40 mata kepada 4,649.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 74.68 mata kepada 17,528.91, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.27 mata kepada 158.41 dan Indeks Tenaga meningkat 2.44 mata kepada 742.29 manakala Indeks Perladangan berkurangan 11.70 mata kepada 7,423.09.

-- BERNAMA