11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih di pasaran Asia bagi minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan aliran keluar RM6.21 bilion atau US$1.47 bilion, lebih tinggi daripada aliran keluar pada minggu sebelumnya berjumlah US$170.8 juta (US$1 = RM4.23).
15hari ago
KOTA TINGGI, 5 Jun (Bernama) -- Impak Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sudahpun mula dapat dilihat dengan Johor merekodkan RM27.4 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada suku pertama tahun ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd mencatatkan lonjakan keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 kepada RM66.04 juta berbanding RM60.05 juta bagi suku pertama 2024, disokong oleh prestasi kukuh dalam segmen pembangunan hartanah.
21hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara keputusan untuk menyekat sebahagian besar tarif import era Trump, kata penganalisis.
21hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, apabila tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi perbankan terpilih melembapkan sentimen, dengan ketiadaan pemangkin domestik baharu digandingkan dengan kumpulan keluaran pendapatan korporat yang tidak memberangsangkan, kata penganalisis.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd berjaya meraih nilai perolehan kontrak bernilai RM1.1 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat Afrika sebagai benua masa depan, rakan strategik serta pusat pertumbuhan global dan inspirasi yang semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM50.21 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 daripada RM80.11 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
22hari ago
KUALA LUMPUR, `28 Mei (Bernama) -- Genting Plantations Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM61.25 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding dengan RM42.83 juta yang direkodkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.
23hari ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Industri perkayuan terus menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Sarawak apabila nilai eksport sektor itu mencatat RM625 juta dalam suku pertama tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab digital serantau, TNB terus menyokong infrastruktur penting bagi sektor ini.