19hari ago
KUALA LUMPUR, 2 (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat pada Khamis ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
19hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) – Industri maritim global sedang memantau dengan teliti peningkatan ketegangan di Timur Tengah dengan insurans perlindungan risiko perang terhadap badan kapal serta kargo melonjak mendadak sebagai tindak balas mengikut situasi semasa.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Batik Air telah membatalkan perkhidmatan penerbangan yang dijadualkan hari ini antara Kuala Lumpur dan Dubai sebagai langkah berjaga-jaga susulan penutupan koridor ruang udara tertentu di Timur Tengah.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Sabtu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk penumpang bagi perjalanan ke, dari atau transit menerusi beberapa lokasi Timur Tengah susulan perkembangan ketegangan di rantau itu.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pemaju hartanah Eastern & Oriental Bhd (E&O) merancang untuk melancarkan projek tepian air di Pulau Andaman, Pulau Pinang pada akhir 2026.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan dicadang memperkasakan dasar perumahan negara dengan kawalan harga yang lebih efektif dan insentif cukai yang lebih tepat dengan sasaran bagi menangani isu ketidakseimbangan di antara harga rumah dengan pertumbuhan pendapatan rakyat.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Globaltec Formation Bhd ekoran penurunan harga sahamnya yang ketara, dengan peningkatan jumlah dagangan baru-baru ini.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat 1.1 peratus kepada RM7.22 bilion daripada RM7.14 bilion pada tahun kewangan 2024, disokong pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang memberangsangkan.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kelewatan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengemukakan penyata kewangan berpunca daripada isu teknikal yang tidak dijangka semasa fasa pembangunan sistem perakaunan dan kewangan MPOB yang baharu iaitu MPOB MyFAS.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MISC Bhd mencatatkan untung bersih RM1.70 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, meningkat daripada RM1.19 bilion pada tahun sebelumnya.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 36 syarikat berstatus dorman yang mencatat liabiliti bersih berjumlah RM1.248 bilion memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan, agensi atau syarikat induk bagi menyelesaikan obligasi kewangan masing-masing, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.