10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh pada minggu depan, susulan jangkaan pengumuman data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
11hari ago
MOSCOW, 27 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Perdagangan barang dunia mencatat peningkatan ketara pada awal 2025 berikutan langkah negara pengimport mempercepatkan pembelian menjelang pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), namun pesanan eksport yang semakin lemah menunjukkan momentum itu mungkin tidak berpanjangan, menurut Barometer Perdagangan Barang Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), lapor Sputnik/RIA Novosti.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik Malaysia dijangka membawa kesan minimum terhadap keseluruhan inflasi dan kesan langsungnya terhadap indeks harga pengguna (IHPI) utama adalah kecil, kata CIMB Investment Bank Bhd (CIMB).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal hari ini selepas pengumuman semakan semula jadual tarif bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) di bawah kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bagi minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM510.6 juta berbanding RM620.6 juta pada minggu sebelumnya, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
15hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 23 Jun (Bernama) -- “Orang Malaysia, mari beli di sini, saya boleh bagi kamu diskaun!”
17hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati dan prestasinya mungkin menjejaki pergerakan di Wall Street minggu depan memandangkan pasaran meneliti petunjuk daripada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
17hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, sejajar dengan prestasi bursa tempatan dan Wall Street, kata penganalisis.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd menyemak semula sasaran akhir tahunnya bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,630 daripada unjuran awal 1,730, sejajar dengan penurunan pendapatan korporat baru-baru ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka memberi kesan langsung terhad kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan inflasi kerana hanya menyasarkan barangan bukan perlu serta sektor perkhidmatan terpilih, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).