| BERITA TERKINI | Untung bersih SP Setia Bhd merosot kepada RM509.96 juta pada TK2025 daripada RM575.95 juta pada TK2024 | Petronas jangka purata harga minyak mentah Brent antara US$65-US$70 setong dalam tempoh lima tahun akan datang - Presiden dan CEO Kumpulan Petronas | Siasatan perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan- Jabatan Peguam Negara | Petronas menyasar untuk mengembangkan perniagaan huluan di peringkat antarabangsa sebanyak 60 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang - Ketua Pegawai Operasi | Jabatan Peguam Negara pandang serius dakwaan wujudnya cubaan menjatuhkan Kerajaan serta menganggu kestabilan negara | |
Terdapat 1209 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek"
Capital A Catat Untung Bersih RM13.03 Bilion Susulan Penjualan Perniagaan Penerbangan
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Capital A Bhd mencatat keuntungan bersih RM13.03 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025), berbanding kerugian bersih RM501.24 juta pada tahun sebelumnya.
Untung Bersih Wasco Bhd Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak Kepada RM160.5 Juta
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.
Untung Bersih Kumpulan AmBank Naik Kepada RM529.58 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM529.58 juta pada suku ketiga bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 daripada RM486.49 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
IOI Corp Catat Untung Bersih RM528.5 Juta Pada Suku Kedua
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
Rugi Bersih Berjaya Land Naik Kepada RM121.76 Juta Pada Suku Kedua Tahun Kewangan 2026
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Berjaya Land Bhd mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar iaitu sebanyak RM121.76 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2025 daripada kerugian bersih RM33.93 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Untung Bersih MISC Naik Ke RM1.7 Bilion Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2025
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MISC Bhd mencatatkan untung bersih RM1.70 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, meningkat daripada RM1.19 bilion pada tahun sebelumnya.
Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, didorong oleh prestasi eksport yang lebih lemah apabila ringgit yang lebih kukuh memberi kesan kepada permintaan daripada negara pengimport utama, kata seorang pedagang.
Momentum Perdagangan Malaysia Dijangka Kekal Pada 2026 - Apex Securities
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan pendirian optomistiknya yang berhati-hati mengenai tinjauan perdagangan Malaysia, dan percaya bahawa momentum perdagangan akan berterusan selepas cetakan eksport yang kukuh pada Januari.
Unit Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Penambakan Dan Pengerukan Bernilai RM502.3 Juta
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Future Rock Sdn Bhd (FRSB) telah memperoleh kontrak bernilai RM502.27 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan kerja-kerja penambakan serta pengerukan untuk Pembangunan Seri Tanjung Pinang (Fasa 2B dan 2C) (STP2) daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd.
Untung Bersih Kossan Rubber Industries Naik Ke RM151.31 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Untung bersih Kossan Rubber Industries Bhd melonjak kepada RM151.31 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM118.34 juta pada tahu sebelumnya.
Itramas Anggap Tarif AS Masih Terkawal, Perhebat Rundingan Pembuatan Di AS
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Itramas Corporation Sdn Bhd menganggap cadangan tarif global Amerika Syarikat (AS) sebanyak 15 peratus masih terkawal bagi sektor tenaga boleh baharu (TBB), sekali gus membuka ruang kepada syarikat itu mempercepat peluasan ke pasaran AS menerusi pelaburan pembuatan hiliran.