Terdapat 540 berita berdasarkan kata kunci carian " penglibatan"

MAHB Anjur Perhimpunan Serantau ACI Asia Pasifik Dan Asia Barat 2027 Di Kuala Lumpur

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BANGKOK, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menganjurkan Perhimpunan, Persidangan dan Pameran Serantau Asia Pasifik & Asia Barat (RACE) Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) 2027 di Kuala Lumpur.

MTDC Perkukuh Laluan Pertumbuhan Syarikat Teknologi Menerusi R2G 2026

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sedang memperkukuh akses industri dan laluan pertumbuhan bagi syarikat-syarikat teknologi menerusi inisiatif Road To Growth (R2G) 2026 Wilayah Tengah.

ICW Borneo 2026 Pacu Industri Pembinaan Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2026 dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu semalam, menandakan penganjuran kali kedua acara industri pembinaan serantau yang memfokuskan pembangunan industri, perbincangan teknikal dan penglibatan pemain industri di Malaysia Timur.

KazanForum 2026 Platform Pacu Dagangan, Kewangan Antara Rusia Dan Ekonomi Islam

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

KAZAN (Rusia) 13 Mei (Bernama) -- Acara tahunan KazanForum 2026 merupakan platform bagi menjana pelaburan baharu selain peluang yang merentasi aspek perdagangan, pelaburan dan kewangan Islam antara Rusia dan kalangan negara atau ekonomi Islam.

Taiwan Berhasrat Perbaharui Perjanjian Pelaburan Dua Hala 1993 Dengan Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan menyatakan hasrat kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengemas kini Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIA) Malaysia-Taiwan yang dimeterai pada 1993 supaya selari dengan landskap pelaburan global semasa.

IEM Laksana Dua Langkah Tangani Impak Krisis Bekalan Global

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Institut Jurutera Malaysia (IEM) telah mengeluarkan Laporan Tinjauan Impak Kejuruteraan bagi menangani impak krisis bekalan global susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat baru-baru ini.

MIDA Perkukuh Ekosistem Semikonduktor Melalui Pembangunan Bakat

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia melalui tumpuan strategik ke atas pembangunan bakat, pembuatan pintar dan integrasi rantaian bekalan sempena SEMICON Southeast Asia (SEMICON SEA) 2026.

Industri Acara Perniagaan Malaysia Pacu Kerjasama, Kesalinghubungan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia terus mengukuhkan peranannya dalam memacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan pengetahuan dan kesalinghubungan global melalui kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, penggiat industri dan persatuan profesional.

MDEC Mudah Cara Potensi Peluang Bernilai RM450 Juta Di Sushi Tech Tokyo 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memudah cara potensi peluang bernilai lebih RM450 juta pada SusHi Tech Tokyo 2026, antara platform pemula niaga dan inovasi terkemuka di Asia.

Malaysia Sambut Baik Minat Embraer Teroka Peluang Di Malaysia, Buka Operasi Pemasangan -- Johari

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik minat syarikat aeroangkasa Brazil, Embraer, untuk meneroka peluang di Malaysia, termasuk menubuhkan operasi pemasangannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Setiausaha Syarikat Didenda RM50,000 Langgar AMLA, Kemuka Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seorang setiausaha syarikat didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melanggar peruntukan antipengubahan wang haram serta mengemukakan maklumat palsu kepada Pendaftar Syarikat.

Azizan Abdul Aziz Dilantik Pengarah Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz sebagai pengarah pasaran modal Islam (ICM) berkuat kuasa pada hari ini.