29hari ago
KOTA KINABALU, 9 Sept (Bernama) -- Sebanyak 209,033 pekebun kecil persendirian di seluruh negara melibatkan 747,012 hektar tanaman sawit memperoleh Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) sehingga 31 Ogos lepas.
29hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi platform penting dalam usaha mempercepat peralihan Malaysia ke arah masa depan berdaya tahan iklim dan dipacu inovasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju global bagi pengeluaran minyak sawit mampan, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah cuplump (sekerap) dan lateks telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keperluan untuk merangka mekanisme pasaran baharu secara khusus bagi menyokong pemprosesan biojisim sawit sebagai produk komersial boleh dipertimbangkan pada masa hadapan, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kepimpinan global Malaysia dalam eksport sarung tangan getah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bergantung pada penekanan yang berterusan terhadap pembaharuan pembuatan, pendigitalan, kemampanan dan pasaran buruh bernilai tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport sektor sarung tangan getah Malaysia mencecah RM6 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) – Lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah, melibatkan lebih 191,000 hektar telah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga April 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM1.4 bilion di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) yang dipohon Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi tempoh lima tahun, disasarkan bagi meliputi keluasan tanaman semula sawit sebanyak 82,979 hektar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kesan langsung daripada sekatan atau cabaran pasaran Amerika Syarikat (AS) terhadap industri minyak sawit Malaysia dijangka pada tahap minimum, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Secara keseluruhan, pengeluaran lateks tempatan masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan industri produk berasaskan lateks, terutama dalam penghasilan sarung tangan getah yang merupakan penyumbang utama kepada nilai eksport produk getah Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Proses penggabungan pekebun kecil getah dan penyatuan tanah getah berskala kecil berada di landasan yang tepat, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada 25,679 tan pada Jun 2025 daripada 24,256 tan pada Mei 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).