BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | 

Terdapat 5367 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran "

Harga Minyak Mentah Brent Turun Lebih Empat Peratus Susulan Ketegangan AS–Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent susut lebih empat peratus pada Khamis selepas Iran, satu daripada pengeluar minyak terbesar memberi amaran iaitu negara itu akan bertindak balas terhadap ancaman asing.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penangguhan Mandat Biodiesel B50 Indonesia

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas oleh keputusan Indonesia untuk menangguhkan pengenalan mandat biodiesel B50.

Disiplin Fiskal, Prospek Pertumbuhan Tingkat Tarikan Malaysia Kepada Pelabur Asing - Moomoo

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Trajektori fiskal Malaysia yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang mampan telah meletakkan negara ini sebagai destinasi yang menarik untuk pelaburan asing, khususnya dalam sektor seperti infrastruktur, perkhidmatan kewangan dan tenaga boleh baharu.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Pembelian Saham Berharga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah di kaunter perkhidmatan kewangan berwajaran tinggi telah menyokong indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya dan melonjak ke ke paras tertinggi intra harinya, hari ini. 

RHB Lancar Rangka Kerja Untuk Sokong Syarikat Membuat Peralihan

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- RHB Banking Group telah melancarkan Rangka Kerja Kewangan Peralihan dan  Mampan (STFF) untuk menyokong pelanggan pada setiap peringkat transformasi kelestarian mereka.

Maybank IB Unjur FBM KLCI Cecah 1,730 Menjelang Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan FBM KLCI mencecah paras 1,730 menjelang akhir 2026 di bawah senario realistiknya, manakala berdasarkan senario optimistik indeks utama itu dijangka meningkat kepada 1,850.

BMW Lancar EV Pemasangan Tempatan Pertama, Jadi Pencapaian Besar Dalam Usaha Elektrifikasi

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- BMW Group Malaysia mula menjual BMW i5 eDrive40 M Sport Pro (BMW i5), model kenderaan elektrik (EV) pertama yang dipasang di peringkat tempatan, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha elektrifikasi ketika BMW menyasarkan pertumbuhan berterusan dalam segmen premium.

Penerbangan Terus Chongqing-Pulau Pinang Bermula 8 April

GEORGE TOWN, 15 Jan (Bernama) -- Penerbangan terus berjadual antara Chongqing dan Pulau Pinang akan bermula pada 8 April dengan Chongqing Airlines mengendalikan empat perkhidmatan seminggu, seterusnya memperkukuh ketersambungan udara antara negeri itu dengan China Barat. 

MBSB Investment Jangka Momentum Pembelian Hartanah Berterusan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor hartanah, menjangkakan minat belian yang kukuh akan menyokong prospek pemaju.

Hungary Bangunkan Indeks Pembangunan Berharmoni Bagi Ukur Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Hungary membangunkan Indeks Pembangunan Berharmoni (H2DI) sebagai rangka kerja global baharu bagi mengukur pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat melangkaui keluaran dalam negara kasar (KDNK). 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini dan menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penurunan di pasaran tunai.