20jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meningkatkan hubungan dengan pelabur dari negara-negara Nordic untuk menjadikan Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) Malaysia dan ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh sebagai kelebihan utama untuk pelaburan asing berkualiti tinggi.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila harapan meningkat terhadap penyelesaian konflik di Asia Barat dan disokong oleh data ekonomi domestik yang positif.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Bhd bagi penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), memperoleh kemudahan pembiayaan US$100 juta (US$1=RM3.95) daripada QNB Group, institusi kewangan Timur Tengah dan Afrika.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, disokong oleh sumbangan berterusan operasi teras kumpulan dan pengembangan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) kepada pelanggan utama.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh ketegangan geopolitik yang semakin reda di Asia Barat serta prospek makroekonomi Malaysia yang bertambah baik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM69.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM57.1 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2025.
1hari ago
IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Ningbo Fresh Technology Co. Ltd dari Shanghai bakal meningkatkan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan ketidaktentuan berhubung dasar eksport Indonesia yang mencetuskan jualan panik, kata seorang penganalisis.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat meskipun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi yang lebih lemah.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh asas domestik Malaysia yang memberangsangkan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).