BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW 0-6 Selangor | 

Terdapat 10588 berita berdasarkan kata kunci carian " mem"

Kutipan Cukai Langsung LHDN Cecah RM203.9 Bilion Tahun Lepas - PM Anwar

CYBERJAYA, 24 April (Bernama) -- Kutipan cukai langsung oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencecah RM203.991 bilion pada tahun lepas, buat julung kali melepasi paras RM200 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Data Dagangan Malaysia Kukuh, Ringgit Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mencatat pengukuhan berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran memanfaatkan kelebihan data perdagangan Malaysia yang positif pada Mac.

Saham Industri, Utiliti Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih meningkat susulan minat belian terhadap saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter produk perindustrian dan utiliti walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.

JOSFA Rancang Perluas Projek Ternakan Udang Putih Dalam Tangki, Penuhi Keperluan Pasaran

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) -- Persatuan Nelayan Negeri Johor (JOSFA) merancang untuk memperluas projek ternakan udang putih dalam tangki pada skala besar bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan yang semakin meningkat.

Niaga Hadapan Emas Terus Catat Penurunan Untuk Hari Kelima Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan untuk sesi kelima berturut-turut, mencerminkan kejatuhan di pasaran COMEX AS apabila pengukuhan dolar AS memberikan tekanan kepada harga komoditi itu.

Bank Rakyat Tawar Penangguhan Bayaran Pembiayaan Kepada Mangsa Kebakaran Di Sandakan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menawarkan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Tiga Hari Kenaikan Berturut-turut

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan kukuh selama tiga hari berturut-turut.

Untung Bersih Vitrox Meningkat Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Vitrox Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM51.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berbanding RM24.16 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2025.

Ringgit Ditutup Bercampur-campur Apabila Pelabur Terus Beli Aset Selamat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit ditutup bercampur-campur berbanding kalangan mata wang utama pada Khamis berikutan pelabur terus membeli aset selamat.

Solarvest, Malakoff Silver Peroleh Kontrak EPCC Bernilai RM1.06 Bilion Di Perak

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM1.06 bilion daripada Malakoff Silver Solar Sdn Bhd.

Malaysia Di Landasan Yang Betul Capai Pertumbuhan KDNK 5.3 Peratus Pada Suku Pertama - Ahli Ekonomi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan 5.3 peratus pada suku pertama 2026, terutamanya didorong oleh pengembangan meluas merentasi beberapa subsektor, termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan, kata seorang ahli ekonomi. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Saham Perbankan, Telekomunikasi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh pembelian terpilih dalam saham wajaran tinggi perbankan dan telekomunikasi, dalam persekitaran sentimen yang semakin baik berikutan pelanjutan gencatan senjata di Asia Barat.