Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " keterangkuman kewangan"

Bank Rakyat Terima Dua Pengiktirafan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat menerima dua pengiktirafan antarabangsa yang mengiktiraf komitmen berterusannya dalam menyokong komuniti dan memacu keterangkuman kewangan serta kelestarian alam sekitar melalui aktiviti Jangkauan Komuniti.

Skim Jaminan SJPP, SJKP Beri Akses Pembiayaan Inklusif Kepada Sektor Gig - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Ketahanan dan kemajuan ekonomi Malaysia bergantung kepada akses pembiayaan yang inklusif -- sesuatu yang mudah dianggap remeh oleh mereka yang bekerja dalam sektor formal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

SC Perkenal Garis Panduan Sandbox Pengawalseliaan Permudah Inovasi

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan Sandbox Pengawalseliaan (Regulatory Sandbox) yang memperincikan kriteria kelayakan dan keperluan penyertaan.

SME Bank Salur Pembiayaan RM3.6 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) telah meluluskan kira -kira RM3.6 bilion dalam pembiayaan untuk tahun kewangan 2024, naik 35.1 peratus dari tahun sebelum ini.

Kerjasama Masyarakat, Agensi Kerajaan Penting Pastikan Program Capai Objektif - Amir Hamzah

PUCHONG, 8 Feb (Bernama) -- Kerjasama dan penglibatan secara menyeluruh dan proaktif antara masyarakat setempat dan agensi yang terlibat amat penting dalam memastikan setiap program-program kerajaan dapat memberi impak yang baik kepada rakyat.

Kerjasama Rentas Sektor Penting Untuk Bina Ekosistem Keterangkuman Kewangan - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerjasama antara agensi kerajaan, institusi kewangan dan perniagaan penting untuk mewujudkan ekosistem yang menyokong keterangkuman kewangan, kata penganalisis.

Affin Bank Jangka Pertumbuhan KDNK 5.2 Peratus Pada 2025

GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.

Bank Negara, FEN Anjurkan Karnival Celik Kewangan Sarawak

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) dan industri kewangan menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak selama tiga hari, bermula semalam.

Bank Islam, PMB Investment Bentuk Pakatan Strategik Perluaskan Peluang Pelaburan Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- PMB Investment Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama strategik yang bertujuan mengembangkan peluang-peluang dalam pelaburan patuh syariah.

Wawasan Putrajaya APEC, Pelan Tindakan Aotearoa Pemacu Komuniti Dinamik Dan Inklusif

Daripada M. Saraswathi

PERU (Lima), 12 Nov (Bernama) -- Wawasan Putrajaya APEC 2040 dan Pelan Tindakan Aotearoa akan terus menjadi panduan bagi memacu forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke arah komuniti dinamik serta inklusif, kata Pengerusi Pegawai Kanan APEC Carlos Vasquez.

Funding Societies Peroleh Kemudahan Kredit RM436 Juta Bantu PMKS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Funding Societies memperoleh kemudahan kredit ketiga daripada HSBC di bawah Dana Pertumbuhan ASEAN sekali gus meningkatkan kemudahan kreditnya daripada bank tersebut kepada lebih US$100 juta (RM436 juta).

ABM Terima GX Bank, Boost Bank Sebagai Ahli Baharu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengumumkan kemasukan GX Bank Bhd dan Boost Bank Bhd sebagai ahli baharu, menandakan detik penting dalam industri perbankan Malaysia.