BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan The Real Warriors FC  1-2 Selangor FC   | 

Terdapat 1593 berita berdasarkan kata kunci carian " kedudukan"

Pasaran Ekuiti Malaysia Dijangka Menyaksikan Aliran Masuk Bersih Pelaburan Asing Pada 2026 - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menyaksikan aliran masuk bersih pelaburan asing tahun ini berikutan keyakinan pelabur yang meningkat, didorong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik.

5E Resources Dapat Kelulusan Bursa Untuk Disenaraikan Di Pasaran ACE

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- 5E Resources Holdings Bhd (5E Resources), penyedia perkhidmatan pengurusan sisa mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.

AAX Peroleh Sepenuhnya Tawaran Saham Persendirian Bernilai RM1 Bilion Pada RM1.65 Sesaham

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) memperoleh sepenuhnya tawaran saham persendirian bernilai RM1 bilion pada harga RM 1.65 sesaham.

Saham Sunway, IJM Melonjak Berikutan Cadangan Penggabungan

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd dan IJM Corporation Bhd adalah antara kaunter paling aktif, didagangkan lebih tinggi pada tengah hari berikutan sentimen positif yang timbul susulan potensi penggabungan antara kedua-dua syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Urusan Lynas Amanda Lacaze Akan Bersara

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.

Bursa Malaysia Naik 8.74 Mata, Teruskan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.

Sektor Penjagaan Kesihatan Di Malaysa Perluas Operasi Pada 2026 - HLIB

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sektor penjagaan kesihatan di Malaysia dijangka memperluaskan operasi selain daripada perkhidmatan hospital pada 2026 susulan beberapa penyenaraian beberapa penjagaan kesihatan mega yang dijangka dilakukan tahun ini, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Affin Hwang IB, CBOE Jalin Kerjasama Perkenal VIX® Futures Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) - Affin Hwang Investment Bank Bhd menjalin kerjasama dengan Cboe Global Markets Inc untuk memperkenalkan VIX® Futures kepada pelabur tempatan.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila kebimbangan berhubung ura-ura pentadbiran bebas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah menjejaskan dolar Amerika.

Mandat Biodiesel B50 Indonesia Dijangka Perkukuh Daya Saing Minyak Sawit Malaysia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Langkah Indonesia untuk melaksanakan mandat biodiesel B50 dijangka dapat meningkatkan lagi daya saing Malaysia di pasaran minyak sawit global, kata ahli ekonomi.

Richmond Asia Group Sasar Kembangkan Portfolio 20 Hotel Di Malaysia Menjelang 2033

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group merancang untuk mengembangkan portfolio hospitalitinya di Malaysia bagi merangkumi sehingga 20 hotel dalam tempoh lapan tahun lagi.

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.04-4.07 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.04-4.07 pada minggu depan dengan keseimbangan risiko cenderung ke arah pengukuhan ringgit ketika pelabur beralih daripada dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.