Terdapat 428 berita berdasarkan kata kunci carian " kecerdasan buatan "

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Pemimpin Tertinggi Perancis Sempena Lawatan Rasmi

PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Malaysia Terus Terajui Infrastruktur Digital Di Peringkat Serantau - BMI

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Unit Fitch Solutions, BMI menjangkakan Malaysia akan mengekalkan penerajunya sebagai hab untuk pelaburan infrastruktur digital di Asia Tenggara dengan Johor kekal sebagai destinasi utama untuk pelaburan pusat data.

Kementerian Digital Sasar Selaras Ekosistem Digital Di Seluruh Negara - Gobind

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Digital sedang berusaha untuk menyatukan dan meningkatkan inisiatif merentas negeri dan agensi bagi memacu ekonomi digital di Malaysia, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.

Anwar Hadiri Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Industri Perancis, Perkukuh Pelaburan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.

CIMB Komited Lebih RM100 Juta Tingkatkan Kemahiran Tenaga Kerja Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd menyasarkan untuk mempercepat pelaburannya dalam latihan dan pembangunan tenaga kerjanya, dengan komitmen lebih RM100 juta pada 2025 yang menumpukan kepada kemahiran dalam teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), data dan kemampanan.

Pengembangan Kukuh Pusat Data Akan Pacu Permintaan Elektrik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pengembangan pusat data (DC) yang kukuh dijangka memacu permintaan elektrik seterusnya meningkatkan keperluan untuk penjanaan tenaga dan penggunaan gas, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga Research).

Dolar AS Lemah, Pemulihan Sektor Teknologi Dijangka Perlahan -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan kelemahan berterusan dolar Amerika Syarikat (AS) akan memberi tekanan ke atas pemulihan sektor teknologi dalam separuh kedua 2025.

NAIO Kumpul Maklum Balas Awam Untuk Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) sedang mengumpul maklum balas awam untuk Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan 2026–2030.

P.Pinang Lancar Silicon Research & Incubation Space Pacu Industri Reka Bentuk Litar Bersepadu

GEORGE TOWN, 1 Julai (Bernama) -- Pelancaran Silicon Research and Incubation Space,sebuah kemudahan berinovasi tinggi di bawah inisiatif Penang Silicon Design @5km+ (PSD@5km+) dijangka dapat memacu misi Pulau Pinang untuk menerajui landskap reka bentuk litar bersepadu (IC) negara.

Bank Diseru Perkasa Komuniti Menerusi Pendigitalan - Gobind

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bank kini perlu memperluas peranannya bukan sekadar sebagai pemudah cara kewangan, malah membantu memperkasa komuniti dengan menjadi pendukung transformasi digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

PKS Malaysia Perlu Terima Guna Teknologi Digital Terutama AI Bagi Pematuhan ESG - Gobind

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu menerima guna teknologi digital terutama kecerdasan buatan (AI) untuk memenuhi jangkaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta berkembang dalam ekonomi masa depan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

MIDA, DHL Teruskan Kerjasama Perkukuh Ekosistem Logistik Malaysia Sebagai Hab Utama

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan DHL telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) semalam bagi meneruskan kerjasama sedia ada.