1bulan ago
CYBERJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Equinix Inc merancang untuk memperluas kemudahan pusat datanya di Malaysia selepas projek KL1 International Business Exchange (IBX) siap sepenuhnya bagi memenuhi permintaan infrastruktur digital yang semakin meningkat di seluruh negara.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan Amerika syarikat (AS) bersetuju untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia mengenai tarif timbal balas mengejut dikenakannya ke atas negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang melakukan persiapan rapi bagi rundingan tarif rasmi dengan Amerika Syarikat (AS), dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengutamakan keperluan untuk melindungi kepentingan sektor komoditi negara khususnya sawit.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melantik Timbalan Ketua Setiausahanya (Perdagangan) Mastura Ahmad Mustafa sebagai ketua perunding Malaysia untuk rundingan tarif rasmi akan datang dengan Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 April (Bernama) -- Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 3 Mei ini dengan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, susulan kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade–Braddell Heights oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu tarif balas demi kepentingan bersama, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 5 Mei ini bagi membincangkan isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadualkan bertemu Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain yang berkaitan di Washington pada 24 April, untuk membincangkan tarif balas yang telah dikenakan ke atas Malaysia.
2bulan ago
KUCHING, 14 April (Bernama) -- Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya supaya dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan global pada masa ini susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembinaan projek jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan, dan Sungai Golok, Narathiwat merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketersambungan serantau dan integrasi ekonomi dalam ASEAN.
2bulan ago
MELAKA, 5 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.