Terdapat 1068 berita berdasarkan kata kunci carian " fbm klci"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus memantau perkembangan terkini geopolitik dunia, termasuk hasrat Amerika Syarikat (AS) menghalang eksport minyak Venezuela.

Indeks Utama Bursa Malaysia Pulih 0.27 Peratus Susulan Pembelian Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, memperoleh 0.27 peratus pada dagangan lewat apabila minat belian kembali kepada saham wajaran tinggi terpilih. 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini, menjejaki pasaran tunai pendasar yang menyusut.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Naik 0.63 Peratus Disokong Kenaikan Saham Teknologi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meningkat 0.63 peratus seiring dengan sentimen positif di pasaran utama Asia, disokong oleh kenaikan dalam saham teknologi. 

Bursa Malaysia Naik 0.33 Peratus Pada Tengah Hari Dipacu Minat Risiko Ketara

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.33 peratus dipacu oleh minat risiko yang lebih ketara ketika lebih banyak pelabur kembali aktif selepas cuti akhir tahun.

Penyertaan Pasaran Meningkat Dijangka Pacu Kenaikan Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur meningkat minggu depan memandangkan penyertaan pasaran dan mudah tunai dijangka bertambah selepas mencatat paras rendah berikutan tempoh dagangan yang singkat ketika musim cuti, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan, disokong oleh sentimen positif daripada pasaran tunai pendasar.

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi pagi hari dagangan pertama 2026, ditekan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan sebelum ini selain kekurangan pemangkin baharu.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Pada Hari Dagangan Terakhir 2025

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau.