Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian " b50"

Harga Minyak Sawit Dijangka Kekal Melebihi RM4,400 Setan Hingga Akhir Tahun - MPOC

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit kekal stabil melebihi RM4,400 setan menjelang akhir 2025, di tengah-tengah harga minyak mentah yang lemah dan inventori minyak sayuran yang tinggi di pasaran pengguna utama seperti China dan India.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat minggu depan, disokong oleh program biodiesel B50 Indonesia, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat, Ditutup Lebih RM4,500 Satu Tan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum peningkatannya apabila ditutup tinggi pada Rabu, mencecah lebih RM4,500 satu tan berikutan jangkaan pengeluaran lebih suram dalam minggu-minggu mendatang.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Kukuh, Permintaan Stabil

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh, permintaan stabil dan keyakinan terhadap kemajuan Indonesia dalam program biodiesel B50.

Niaga Hadapan MSM Susut Selepas Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh pengambilan keuntungan berikutan saranan dari kumpulan perindustrian Indonesia agar mandat biodiesel B50 ditangguhkan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Stok Yang Perlahan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh peningkatan paras stok yang lebih perlahan berbanding jangkaan di samping prestasi eksport yang memberangsangkan.