Terdapat 2808 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

MIDA Tingkatkan Hubungan Dengan Pelabur Dari Nordic Melalui NIF

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meningkatkan hubungan dengan pelabur dari negara-negara Nordic untuk menjadikan Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) Malaysia dan ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh sebagai kelebihan utama untuk pelaburan asing berkualiti tinggi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila harapan meningkat terhadap penyelesaian konflik di Asia Barat dan disokong oleh data ekonomi domestik yang positif.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Awantec Kekal Untung Pada Suku Pertama, Komited Memajukan Inisiatif AI Dan Transformasi Digital

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- AwanBiru Technology Bhd (Awantec) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, disokong oleh sumbangan berterusan operasi teras kumpulan dan pengembangan strategiknya dalam menyediakan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) kepada pelanggan utama.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh ketegangan geopolitik yang semakin reda di Asia Barat serta prospek makroekonomi Malaysia yang bertambah baik.

KPJ Healthcare Catat Untung Bersih RM69.6 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM69.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM57.1 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2025.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Dasar Eksport Indonesia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan ketidaktentuan berhubung dasar eksport Indonesia yang mencetuskan jualan panik, kata seorang penganalisis.

 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat meskipun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi yang lebih lemah.

Ekonomi Asia Pasifik Naik 3.3 Peratus Pada 2025, Momentum Dijangka Perlahan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

DRB-Hicom Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Dua Kali Ganda Kepada RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih lebih dua kali ganda kepada RM45 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM17.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih TH Plantations Susut Kepada RM11.62 Juta Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatat penyusutan 9.49 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM11.62 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, daripada RM12.84 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Telekom Malaysia Susut Kepada RM321.51 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 susut kepada RM321.51 juta daripada RM401.25 juta setahun yang lepas.