5jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menggesa perniagaan tempatan supaya fokus terhadap pelaksanaan dan bukan sekadar cita-cita inovasi kerana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi lain yang berkembang pesat memendekkan tempoh masa diperlukan untuk menukarkan idea kepada hasil praktikal yang sedia untuk pasaran.
6jam ago
JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mempermudah kelulusan pengecualian dan insentif cukai bagi 220 projek di Johor sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pertumbuhan industri di negeri itu pada 2025.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 1.1 peratus pada Mac 2026 berbanding penurunan 3.4 peratus pada bulan sebelumnya, peningkatan pertama sejak Mac 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam zon positif pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi, diterajui oleh Press Metal, Telekom Malaysia dan Petronas Chemicals.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan sektor insurans Malaysia akan mengekalkan momentum pertumbuhannya pada suku pertama 2026, disokong oleh segmen insurans am dan insurans hayat yang lebih kukuh.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Syarikat penyelesaian pembungkusan global, Amcor telah membuka kemudahan salutan pembungkusan penjagaan kesihatan canggih di Subang Jaya, Selangor pada 24 April, mewakili pelaburan lebih AS$35 juta (AS$1=RM3.96).
11jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Institusi tempatan meruskan pembelian bersih bagi minggu kedua di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM534.2 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin didorong oleh minat baharu apabila Malaysia dilihat mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan dalam pusat data berikutan reputasinya sebagai hab yang strategik dan selamat.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin sejajar dengan pasaran tunai.
13jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Ringgit tinggi berbanding dolar AS tetapi mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang utama lain dalam dagangan awal pada Isnin didorong sentimen pasaran yang lemah menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kata penganalisis.
22jam ago
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Negara-negara Islam diseru supaya mencontohi sektor kewangan Islam Malaysia dalam usaha membangunkan sistem kewangan yang kurang bergantung kepada rangkaian kewangan Barat, kata Necmeddin Bilal Erdogan.
23jam ago
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Cabaran ekonomi global semasa yang dipengaruhi ketegangan geopolitik memerlukan Malaysia menyesuaikan semula keutamaannya dalam suasana ketidaktentuan yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.